Tuesday 1 March 2016

Pengasas / Presiden


Ahli Jawatankuasa Rahoma Darul Fakir Sesi 2013 / 2016


 Pengenalan 

Pertubuhan Rahoma Darul Fakir Malaysia adalah sebuah pertubuhan yang tidak bermotifkan keuntungan. ditubuhkan di bawah seksyen 7 akta pertubuhan Malaysia 1966 yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan membela nasib anak-anak yatim / anak-anak yang kurang bernasib baik dengan memberi perlindungan dan pendidikan sehingga mereka ke Universiti disamping memberi perhatian dan kasih sayang kepada mereka.

Visi 

Memperkasa pendidikan anak anak dalam mencapai matlamat hidup

Misi

Menyediakan persekitaran  kondusif, harmoni,dan menyemai sifat kasih sayang  dikalangan anak anak dan keluarga RAHOMA.

Objektif


1.   Menyediakan  tempat perlindungan dan persekitaran yang mesra dan selamat untuk kanak-kanak  dan memberi perlindungan dan pembangunan yang terbaik daripada segi fizikal, mental, intelek, emosi dan rohani.
2.   Memberi pendidikan kepada kanak-kanak dan memastikan:
  • Kanak-kanak yang tidak mempunyai kecenderungan akademik diberi latihan vokasional dan mereka yang / cerdik / kecenderungan dalam akademik diberi pendidikan tinggi.
  • Kanak-kanak yang lembab belajar diberi peluang pendidikan. 
  • Kelas tuisyen diadakan untuk peningkatan akademik serta kelas pemulihan untuk kanak-kanak yang mempunyai kesukaran pembelajaran.
3.   Memastikan persekitaran yang mengupayakan di mana kanak-kanak diberi ruang dan peluang untuk bercakap, untuk menyuarakan pendapat mereka dan untuk mengambil bahagian dalam membuat keputusan yang bertanggungjawab mengenai kehidupan mereka.
4.   Menyediakan pembelajaran kemahiran hidup, latihan kepimpinan dan latihan kemahiran sosial yang sesuai untuk memastikan kanak-kanak meninggalkan rumah ini dengan yakin dan sedia untuk diintegrasikan semula ke dalam masyarakat sebagai individu yang dapat berfungsi dan menyumbang kepada masyarakat dan negara.
5.   Memupuk penyatuan semula kanak-kanak RAHOMA  ini dengan keluarga mereka melalui perdamaian dan program-program penyesuaian.
6.   Menyediakan kaunseling dan intervensi yang sesuai bagi mereka yang mengalami penderaan secara emosi, fizikal and psikologi.
1.7.   Menyediakan penjagaan dengan penuh kasih sayang, belas kasihan, kebaikan dan pemahaman kepada kanak-kanak RAHOMA tanpa mengira usia, budaya, kewarganegaraan, bangsa, jantina dan agama.



Pengurusan dan Pentadbiran

Pengurusan Rahoma terdiri daripa Sukarelawan dan ibu-ibu tunggal yang ingin berbakti kepada masyarakat.

Kewangan

Sumbangan kewangan bergantung kepada dermawan yang budiman, ahli-ahli korporat, kerajaan, dan mengadakan Majlis Jamuan Makan / Jualan untuk mengutip dana bagi menguruskan rumah tersebut.